Apabila instrumen mempunyai tingkat margin, secara amnya ia bermakna bahawa semakin besar pesanan anda, semakin tinggi kadar margin yang terpakai.
Kadar margin yang berbeza mungkin digunakan bergantung pada saiz pesanan anda. Semakin meningkat saiz pesanan anda, semakin tinggi kadar margin tambahan secara bertingkat.
Sebagai contoh, kadar margin pada USD/JPY ialah:
Tingkat | Kedudukan Terbuka Bersih (USD) | Margin |
---|---|---|
1 | < 2 M | 0.50% |
2 | 2-5M | 1.00% |
3 | 5-50M | 5.00% |
4 | > 50M | 20.00% |
Keperluan margin untuk saiz pesanan 3.5m USD/JPY ialah USD 25,000.
Ini dikira sebagai: (unit dalam tingkat 1 x kadar margin tingkat 1) + (unit dalam tingkat 2 x kadar margin tingkat 2) + (unit dalam tingkat 3 x kadar margin tingkat 3).
Tingkat | Kedudukan Terbuka Bersih (USD) | Kadar margin | Jumlah margin (unit x kadar margin) |
---|---|---|---|
1 | 2,000,000 | 0.50% | 2,000,000 x 0.5% = $10,000 |
2 | 1,500,000 | 1.00% | 1,500,000 x 1.00% = $15,000 |
3 | 0 | 5.00% | Tidak Berkenaan |
4 | 0 | 20.00% | Tidak Berkenaan |
Jumlah | 3,500,000 | $10,000 + $15,000 = $25,000 |
Kadar margin yang berbeza mungkin digunakan bergantung pada saiz pesanan anda. Semakin meningkat saiz pesanan anda, semakin tinggi kadar margin tambahan secara bertingkat.

Pada masa dan dalam keadaan pasaran tertentu, spread kami lebih lebar daripada biasa. Ini termasuk:
Kami menawarkan kebolehan untuk berdagang dengan leveraj kepada pelanggan. Ini bermaksud anda boleh membuat dagangan yang lebih besar daripada baki akaun anda dan berdagang tanpa mendepositkan nilai penuh dagangan yang anda mahukan. Salah satu faedah dagangan dengan leveraj adalah anda boleh menjana keuntungan yang besar berbanding jumlah pelaburan. Sebaliknya, dagangan dengan leveraj juga boleh mengakibatkan kerugian yang ketara dan cepat kepada modal anda. Kerugian boleh melebihi jumlah deposit anda.
Kami mengambil satu bentuk jaminan (atau deposit) terhadap sebarang kerugian yang mungkin anda alami apabila berdagang
Cagaran ini biasanya dirujuk sebagai margin
Margin yang perlu untuk membuka setiap dagangan diperoleh daripada had leveraj yang dikaitkan dengan saiz pesanan dan instrumen yang ingin anda dagangkan
Sudah ada akaun dagangan langsung? Pembiayaan akaun anda adalah mudah dengan menggunakan salah satu daripada kaedah pembayaran berikut.






Ketaktentuan harga dan perubahan dalam kecairan pasaran global boleh mengakibatkan peningkatan spread yang besar sekitar pembukaan serta penutupan pasaran, selepas pengumuman berita dan ketika ketidakpastian. Ketika itu, spread kami biasanya melebar untuk mencerminkan keadaan pasaran. Walau bagaimanapun, mungkin adakalanya kami memilih untuk menggunakan spread tetap dan tidak membenarkan spread terus melebar.
Jika anda membiarkan dagangan terbuka pada hujung minggu atau sebelum penutupan pasaran, atau jika berlaku penggantungan pasaran tertentu, anda tidak boleh menutupnya sehinggalah pembukaan semula pasaran. Sila ambil perhatian, harga mungkin berubah dengan ketara atau 'jurang' berlaku apabila dagangan bersambung semula. Jika harga bergerak menentang anda, penutupan margin boleh dicetuskan apabila dagangan bersambung semula jika dana pada akaun anda tidak mencukupi bagi menyokong dagangan anda.
Spread (perbezaan antara harga bida dan harga tawar) biasanya melebar sebelum penutupan pasaran dan apabila ia dibuka, untuk mencerminkan penurunan kecairan dalam pasaran global. Spread yang melebar ini boleh mencetuskan pesanan henti rugi atau penutupan margin apabila pesanan dibuka pada masa ini.
Untuk memastikan pesanan terbuka, anda hendaklah mengekalkan jumlah minimum ekuiti dalam akaun dagangan. Ini dikenali sebagai keperluan margin. Ekuiti ini adalah baki tunai serta sebarang kredit dagangan dan jumlah Untung/Rugi (P/L) anda yang tidak direalisasikan.
Tahap margin MetaTrader % ditakrifkan sebagai: (ekuiti / margin yang digunakan) x 100
Jika tahap margin akaun dagangan anda jatuh di bawah 100%, kami akan menghantar e-mel kepada anda untuk makluman. Jika ini berlaku, anda tidak akan dapat membuka sebarang pesanan baru. Pertimbangkan untuk menambah lebih banyak dana ke akaun anda atau menutup beberapa pesanan bagi mengurangkan jumlah margin yang anda gunakan.
Sekiranya tahap margin anda turun ke 50%, anda tidak lagi memenuhi keperluan margin anda. Kami akan mencetuskan penutupan margin iaitu kami akan menutup satu pesanan atau lebih secara automatik, bermula dengan pesanan dengan kerugian terbesar di pasaran terbuka.
Nota: Dalam pasaran yang bergerak pantas, kami mungkin hanya mempunyai sedikit masa atau langsung tiada masa untuk memberi amaran kepada anda.
Anda bertanggungjawab memantau akaun dagangan anda bagi mengelakkan penutupan margin
Dengan lebih 25 tahun pengalaman, Kumpulan OANDA menawarkan pelbagai alatan terkemuka, platform yang mantap dan harga yang telus.
Kos dagangan yang telus
Kami memaklumkan mengenai fi kami supaya anda tahu jumlah yang anda bayar apabila berdagang dengan kami.
Mengira kos pembiayaan
Kos pembiayaan boleh mempengaruhi kos dagangan anda. Maka, penting untuk memahami cara pembiayaan berfungsi.
Akaun untuk setiap jenis pedagang
Pilih akaun yang sesuai untuk anda. Akaun spread sahaja atau akaun spread dan komisen