Kadar margin yang berbeza mungkin digunakan bergantung pada saiz pesanan anda. Semakin meningkat saiz pesanan anda, semakin tinggi kadar margin tambahan secara bertingkat.

Perdagangan forex ialah pembelian atau penjualan mata wang sesebuah negara, sebagai pertukaran kepada mata wang yang lain. Kami menawarkan perdagangan forex sebagai CFD, yang membolehkan anda membuat spekulasi tentang pergerakan harga dalam pasaran forex.
Anda boleh berdagang forex CFD menggunakan leveraj. Ini bermaksud anda boleh mendapatkan pendedahan pasaran yang berpotensi lebih tinggi dengan meletakkan hanya sebahagian kecil daripada nilai penuh dagangan anda. Pendedahan yang lebih tinggi membawa kepada kenaikan dan penurunan yang lebih besar. Dengan perdagangan forex, anda boleh membuat spekulasi apabila sesuatu mata wang itu meningkat dan juga jatuh berbanding mata wang lain.
Harga
Enjin harga mengagregatkan harga masuk langsung daripada bank-bank terkemuka dan penyedia kecairan kami. Selain itu, ia turut memilih bidaan dan tawaran terbaik secara dinamik untuk setiap instrumen secara langsung.
Kos dagangan
Keadilan dan ketelusan amat penting dalam segala yang kami lakukan. Kami memaklumkan mengenai fi dan caj kami, jadi anda sentiasa tahu tentang jumlah sebenar yang anda bayar apabila berdagang dengan kami.
Pembiayaan dan pengeluaran
Mudah sahaja untuk depositkan dan keluarkan dana ke akaun dan daripada akaun dagangan OANDA anda. Pendepositan dana boleh dilakukan dalam beberapa kaedah, termasuk kad kredit, kad debit serta pindahan kawat bank.
Sudah ada akaun dagangan langsung? Pembiayaan akaun adalah mudah dengan menggunakan salah satu daripada kaedah pembayaran berikut.






Dengan lebih 25 tahun pengalaman, Kumpulan OANDA menawarkan pelbagai alatan terkemuka, platform yang mantap dan harga yang telus.
Akses ke pelbagai instrumen CFD
Kami menawarkan harga CFD pada saham, indeks, pasangan forex, komoditi, kripto dan logam. Spread kami juga kompetitif.
Tiga cara untuk berdagang
Pilih daripada pelbagai platform terkemuka, termasuk TradingView, MetaTrader dan aplikasi mudah alih untuk iOS dan Android kami.
Berdagang mata wang kripto popular
Berdagang Bitcoin, Bitcoin Cash, Ethereum, Litecoin, Dogecoin dan banyak lagi melalui akaun OANDA anda dengan spread yang kompetitif.